Monday, March 14, 2011

cerpen: Aku Berada Dalam Tangan Yang Aku Cintai ( final part ).

Semua itu telah berlalu. Setahun lamanya. Kisah yang tidak akan luput daripada jiwanya. Bagaimana dirinya mula memahami apakah pentingnya proses tarbiyah buat diri.
Kini hatinya lapang. Di dalam jiwa tiada kegusaran berkenaan apa sekalipun. Dia tidak lagi takut kepada apa pun. Jiwanya senang. Hatinya bahagia. Dia rasa terjaga. Dia rasa lebih kuat.
Kerana dia tahu, amat yakin, tanpa ragu, bahawa dia sedang berada di dalam tanganNya.
“Nak bawa Rafi’i pergi program sekali, sweetheart?” Rafiqi mendapatkannya.
“Mestilah. Ini debut dia dalam program-program. Kan Rafi’i kan?” Dia merapatkan pipinya kepada pipi anaknya yang gebu itu. Anaknya itu tertawa comel.
“Rafi’i dah besar nanti, harapnya lebih bagus dan lebih istiqomah daripada Ummi dan Abah dia.” Rafiqi menyentuh pipi anaknya itu.
“Amiiin.” Dia mengaminkan, dengan senyuman yang lebar. Segera bergerak masuk ke dalam Aventador.
Allah menyelamatkan mereka setahun yang lalu. Ribut berhenti, dan laut tenang kembali. Bot penyelamat tiba selepas talian berjaya diwujudkan. Dia terasa seperti dihidupkan semula oleh Allah SWT. Selepas itu, sebagai azam baru untuk menunjukkan rasa berterima kasih kepada Allah SWT yang mencintainya, dia mula bersungguh-sungguh mengikuti proses tarbiyah yang selama ini diikuti orang tuanya dan Rafiqi.
Barulah dia melihat itu dan ini, apa yang selama ini dilihatnya tidak lebih dari sekadar tazkirah. Rupanya, lebih daripada itu. Berkelah juga ada tarbiyah di dalamnya. Beriadhah juga ada tarbiyah di dalamnya. Bersembang dengan sahibah-sahibah juga ada tarbiyah di dalamnya. Pendek kata, tarbiyah itu lebih daripada proses mendapatkan ilmu dalam bentuk tazkirah. Tarbiyah adalah proses pembentukan diri, bukan proses penambahan ilmu. Tarbiyah adalah proses memperdalamkan kefahaman, bukan proses untuk sekadar lepas menjawab peperiksaan. Tarbiyah, adalah untuk kita dapat benar-benar menterjemahkan Islam dengan kefahaman, bukan sekadar bijak berdebat menegakkan kebenaran.
Di situlah dia juga dapat ‘melihat’ bahawa dia sedang berada di dalam tangan Yang Dicintainya, yakni Allah SWT. Di situlah kehidupannya lebih tenang, kerana dia benar-benar ‘melihat’ hakikat itu. Di situlah dia benar-benar kuat, kerana dia benar-benar ‘melihat’ kebenaran itu.
Pedal undur ditekan, kemudian kereta berhenti sebentar selepas berputar lengkong separuh.
“Honey.” Dia bersuara.
Rafiqi memandang ke arahnya.
Yes sweetheart?”
Thanks.
For?
Everything.” Kerana kaulah yang membuka penghadang antara aku dengan Dia.
Rafiqi tersenyum.
I just can give you something, sweetheart. Not everything. Yang bagi everything itu Dia. Yang mencintai saya, lebih daripada awak mencintai saya. Yang mencintai awak, lebih daripada saya mencintai awak.”
Dia tersenyum. Benar itu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
_
© Langitilahi.com..

No comments:

Post a Comment