Monday, April 25, 2011

ingatkan diri ini ya Allah...







ingatkan diri ini berkali-kali Ya Allah.


walau pernah terdetik hati untuk berubah, walau sekali dan sekejap, Allah akan berikan perubahan yang baik itu pada kita. itu janji Dia.



surah an-nas:
kenal siapa kita, musuh ketat kita. diri sendiri. tarbiyyah zatiyah tak pernah mudah. melawan hasutan diri sendiri tak pernah mudah. perlu mujahadah yang tinggi, kan? the greatest jihad is to fight the evil within yourself.

lalu Allah tunjukkan jalan untuk kita sayang..


surah al-falaq:
Allah terangkan tentang siapa musuh-musuh kita bila kita ingin berubah. akan ada yang tidak puas hati pada kita. akan ada yang dengki. akan ada yang tak sehaluan dengan kita. Allah ceritakan pada kita, supaya kita bersiap sedia dengan persiapan teknikal, mental untuk melawan musuh-musuh kita, agar hati terus tsabat.

dan kemudian Allah ceritakan pula,


surah al-ikhlas:
tentang Dia. tentang siapa Pencipta kita. tentang Pengharapan kita padaNya agar perubahan yang dilakukan hanya kerana Dia. ikhlas untuk menuju redhaNya. sweet kan Allah tu sayang? Dia tahu hamba-hambaNya tak mampu, diberikan lagi garis panduan kepada kita, hambaNya yang hina ni..

dan setelah itu, 


surah al-masad:
akan ada, dan pasti ada, orang yang menentang sekeras-kerasnya perubahan kita. jangan risau sayang, Dia berpihak pada kita. biarpun yang menentang itu memandang kita pelik dengan prinsip yang kita pegang, jangan risau sayang, Islam itu akan diangkat semula sebagai yang asing.

lalu Allah pujuk kita..pujuk bila hati ini rasa penat diuji berkali-kali. bila hati ini rasa tak mampu untuk teruskan lagi. bila tentangan itu semakin berat tak tertanggung lagi.


surah an-nasr:
dijanjikan kemenangan bagi orang-orang yang beriman. sama-sama kita tetapkan tarbiyyah zatiyyah ni sayang, kerana Allah sudah pun janjikan kemenangan. ayat-ayat Allah bukan sekadar pujukan, kan? tapi itu satu kepastian, satu janji yang pasti akan Dia tunaikan. siapa lagi yang lebih menepati janji selain Dia?

tak cukup dengan itu, Dia memberi peringatan..


surah al-kafirun:
Dia peringatkan, yang akan ada yang cuba untuk menarik kita, memesongkan kita dengan mencampurkan yang hak dan yang batil. moga hati kita terus tsabat.. diberi peringatan kepada kita untuk tidak menyamakan antara prinsip mereka dan kita. kita, tetap kita. Ya Allah, kuatkan hati-hati kami.

Allah sayang pada kita.. sangat cintakan kita..Allah ceritakan pulak nikmatnya yg melimpah ruah..


surah al-kautsar:
Allah melimpahkan nikmat yang sangat sangat banyak pada kita. sangat banyak.. tak ada apa pun yang dapat menyamakan nikmat yang Dia beri pada kita. dan Dia, masih memujuk kita untuk terus tetap pada jalan ini. Dia tak pernah lupakan kita. why do we wanna give up on ourselves since He never gives up on us? kan? kita perlu berkorban untuk masa depan islam..
'Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).' 108:3

Dia tetap terus memberi panduan pada kita..


surah al-maun:
kita tidak sedar, yang sebenarnya, Dia memberi panduan untuk kita, untuk tetap di jalanNya. bagaimana? dikatakan orang yang lalai dalam solatnya, antara ciri-ciri orang yang mendustakanA agama. jadinya, Allah tunjukkan kita, bahawa kita perlu menjaga diri kita bukan hanya pada waktu solat, tapi juga, antara waktu solat. dengan cara itu, kita akan tetap di jalanNya sepanjang hari, setiap masa.

Allah tahu kemampuan kita, kan?
kekuatan kamu, kekuatan saya. jadinya jangan goyah ya?

'(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.' 93:4-11


Ashku bassi wa huzni ilallah..12:86
Ya Allah bimbinglah kami, dan redhakanlah hati kami dengan setiap ujian yang Kau beri.


credit to kakakku..ct rabiatul..~



Sunday, April 24, 2011

sudikah aku mnghwini diriku????


Alhamdulillah setelah lame x update post bru ari nie b'kesempatan utk bkak balik..dh sampi kat umah tetapi tibe2 rindu kat UM..rindu sahabat2...tamat sudaa asasi..mcm x percaye jer....insyaAllah moge dpt kembali semula ke UM bulan 9 nie..amin..

sudikah ak mngahwini diriku???korang fham x agaknye??saye ad terbaca satu rencana psal tjuk nie tpi x smpat habis bace krana time tu family dh smpai..smpat ag bkak my lappy time nk balik..huhu..nk tau..jom explore ngn ati..lets find out!!


jika ati d'tnye "sanggup x kmu kahwin dgn diri kamu"..dn ati t'kejut sbb jwpn ati x tau atau mungkin..mcm x yakin...bukannye jawapan "mstilah snggup" knape agaknye erk???sbb fitrah seorang mnusia pastinya ingin berkahwin dgn s'org yg soleh/solehah atau laki/perempuan yg memiliki peribadi yg baik..apth lagi kita akn bersamanya hingga akhir usia dlm sama2 menggapai redha Allah...bayangkan kita sndiri x snggup kahwin dgn diri kita???knape??adkh kita x ckup baik lagi??kat sini ati ingin rungkaikan pendapt ati...jom kite kongsi..



firman Allah "Mereka itu adlh org yg bertaubat..yg beribadat yg memuji Allah,yg mngembara mncari ilmu,yg rukuk,yg sujud,yg mnyuruh amar ma'ruf dn mncegah yg mungkar dn memelihara hukum Allah.Dan gembirakanlah org mukmin itu...(at-taubah:112)....


betapa indahnya ayat Allah...segalanye tersusun sistematik...perubahn yg terbaik bkanlh berubah scr drastik tetapi d'mulakan dgn sedikit ttpi istiqomah.. ..jom kita tadabbur ayt nie...bayangkan pd mulenye Allah mnyebut ttg org yg bertaubat..kuncinya utk kita mndekatkan diri kpd Allah adlh dgn bertaubat..agar Allah mngampunkn dosa kita...cara bertaubat adlh dgn menyesali dosa yg kita lakukn dn berazam utk meningglkn dosa tersebut...


x ckup dgn bertaubat sahaja ttepi kita hruslah beribadat pdanya....sujud d'hadapanNya..solat adlh perkara pertama yg akn dihisab..jagalah solat kita..perbnyakkn solat sunat krn kita x tau mane satu solat wajib kita yg d'terima Allah..perbnyakkn solat rawatib..perbnyakkn baca Al-quran..jika dulu kite slalu solat d'akhir waktu cubalah utk solat d'awal waktu..org yg berjaya itu adlh org yg khusyuk dlm solat..andai kita mmpu fokus ketika belajar  kita juga hndklah fokus dlm solat...segala perbuatn yg diniatkn krana Allah itu juga d'pnggil ibadat.. setelah kita mnjaga hablu min Allah..kita juga hndklah mnjaga hablu min nas...Allah perintahkan pulak utk kita mncari ilmu pengetahuan


sebuah hadis berbunyi
"jika kmu mahukan dunia carilah ilmu..jika kamu mahu akhirat carilah ilmu..jika kamu mahu keduanya carilah ilmu"...subhanaallah Maha bijaksana Allah..aytnye sgt tersusun dn pnuh hikmah..


selepas kita sdh mmpunyai ilmu dunia dn agama manfaatkanlah ilmu yg kita ad sbg bekalan utk akhirat kelak...ajaklah kepada ma'ruf dn cegahlah yg mungkar...itu adlh tnggungjwb setiap mukmin...kita akn d'tnya Allah apkh sumbngn kita utk islam??ap yg kita lakukn utk memastikn syiar islam ditegakkn??adkh kita hnya ingin melihat kemungkrn yg berlaku tnpa mencegahnya...fikirkanlah....x pyh tunggu diri smpurna krn smpi bila kita xkn smpurna..tetapi berdkwahlah smbil cube mmeperbaiki diri...


dn akirnya sekali adlh memelihara hukum Allah..kita hndaklah mntaati perinthnya..jgn hnya mengajak org lain tetapi kita sndiri tidak melakukn ap yg Allah suruh...jngnlah cube menghalalkn ap yg haram dn m'hramkan ap yg halal..


wahai org berimn...jngnlah kmu mngatakn sesuatu yg tidk kmu lakukan?itu sgt dbnci d'sisi Allah jika kmu mbgatakn apa yg x kmu kerjakan..(as-saff:2-3 )




sebenarnya ap kaitn tadabbur ayt nie dgn entri saye..ad kaitannya...berubahlah dri skrg..bukan scara drastik tetapi scr perlahan-lahan...mulakan dgn mmbersihkn kmbali hbgn kita dgn Allah...bila kita jaga hak Allah Dia pasti akn mnjaga hak kita...bila hati kita bersih automatik akhlak kita juga akn bersih...cubalah cari cinta Allah krn selangkah kita mndekati Allah seribu lngkah Allah mendekati kita...


insyaAllah kita pasti mmpu mnjadi soleh/solehah..nobody not perfect tetapi cubelah jdi yg terbaik d'sisi Allah...dn pasti bila kita d'tnya kmbali "adkh kmu ingin mngahwini diri kmu"..insyaAllah snggup....alhamdulillah..berbahagialah kmu...konklusinya tarbiah ruhaniyyah itu pnting dlm b'jihad melawan nafsu..~



wallahualm...



Wednesday, April 13, 2011

miracle of circle

miracle of circle????ape tu..huhu..msti korang trtnya-tnya ape tu??whats that???circle pun ajaib ke...ape tafsiran korang agknye??nk tau ape itu miracle of circle???jom..lets find out...



USRAH??aik tdi ckp psl miracle of circle nie tetiba sal usrah lak??penin..huhu..sbnrnye saye umpamakan usrah tu sprti miracle of circle.."duduk ramai2 ok buat bulatan yer"bgitulah biasenye..hihi..pastu akn ad sotrang yg ckp dgn smngt skali dn yg lain smua t'nganga dn t'paku..huhu..kite yg tgk pun pelik.."ape yg dyeorg buat tu..nk buat konspirasi ke??" 'wow smua b'tudng labuh..tkut nk dkat'....begitulah yg bse org fikir...so skunk kte luaskn fkiran kite..jgn sempitkn pndgn dgn word "usrah" tu..org kate usrah nie biasenya hnye org t'tntu jer pastu kna sir dn hazar lak...btol ke erk?????


first kita mencari apa itu usrah..???

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud 
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong  apabila ada ahli yang  ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah sesama ahlinya..subhanaallah..usrah jgak mrupakn sunnah Rasulullah dlm b'dkwah..

ooo dh faham..hihi...sebenrnye dulu saye nie x join sgt usrah...nk pergi usrah tpi fikir byk lagi assignmnt la..fikir study la..."math tadi x fhm p usrah kn mmbazir lak wktu stufy ak"x pe la..6ti bkk fb ad la org bg tazkirah..istighfar2...alhmdulillah skunk Allah dh bgi hidayah kini saye mnjadi s'org yg mncintai usrah..sntiasa mncari usrah..dn Alhmdulillah kat UM nie byk majlis ilmu,usrah dn kuliah agama..yg pnting kena pndai cari...dn saye b'peluang utk pergi...

klu kita x fham sbjek biologi pasti kite akn tnye kat org yg pndai kan..atau p kuliah..wat tutorial jumpe lecture...tpi cmne klu nk top up ilmu agama  pasti kita akn rjuk s'sorg yg pasti lbih arif kan..itulah function usrah..supaya kita dpt top up ilmu agama..6ti klu ad yg b'tnyekan kita insyaAllah kite bolej jwb..cthnya mcm saye..olh sbb saye amik jurusn sains islam ad shbt yg b'tnyakan soal agama pda saya..saye cube mmbawa imej islam so action n talk msti seiring..doakn sye istiqomah..klu xde ilmu cmne nk jwbkn..huhu...ad shabat yg b'kata penawar kejahilan adlh dgn p'tnyaan...=)







tpi persoalnnya perlu ke usrah tu just circle..bleh x nk buat segitiga or bujur..or boleh x nk wat usrah lam bntuk camping or p shopping...huhu...sbnrnya sye yg sering b'tnya soalan nie..hihi dn alhmdulillah ad s'orng murabbi saye yg bgtau usrah yg die buat dlm bntuk camping..bkn just talk2 tpi siap prktikalnye skali..ad yg buat usrah main bowling n buat rehlah...menarik kan..sbenarnye usrah nie x kisah buat cmne cara sekalipun asalkn diisi dgn ssuatu yg bmnfaat yg dpt mngingtkn kita pada Allah...

usrah ini mmpu mnjadikn kita lebih baik dari hari ini dn lebih baik dari esok..usrah nie mmpu beri kita kekuatan rohani kita...usrah mmberi kita byk kefahaman ttg islam..apa ertinya saye memeluk islam???adkh kerana diri sndiri atau kerana ibu bapa kita islam???fikirknlah..adkh islam ad dlm diri kita atau sekadar d'ats ic semata2...saye sdah merasainya..saye bkn mnulis suke2 tpi sye menulis berdasarkn pngalamn..penglamn indah yg saya rasakn...penglm indh dri Allah...alhmdulillah Allah sygkan saya...jadi ape yg ptut kita buat skunk???ape lagi jom join usrah..carilah anda pasti akn mnjumpainya..terutama bg mahasiswa2..especially um..thanx kak simah akk naqibat saye yg mmperkenalkn saye dgn usrah dn akak ruzana yg mnjadikn usrah satu kelainan..usrah wonderpets mmg hebat...=)...


skunk pasti korang faham..what's that miracle of circle...alhmdulillah~so ape tunggu lagi!!=)

Friday, April 8, 2011

KISAH AIS???

AIR BATU DAN UMUR KITA

Ada sebuah kisah berbentuk perbualan yang menarik untuk kita renungi. Ia merupakan titipan nasihat dari seorang tua yang bijaksana kepada seorang muridnya yang menunjukkan sekeping gambar air batu.

Air batu yang sering membantu menghilang dahaga kala terik mentari menyengat di atas kepala. Terbayang dingin air yang mengalir dari bekas kaca, masuk ke mulut lantas sampai ke rongga tekak yang kering dek dahaga. Amat melegakan.

“Air batu ini jika dicampur dengan sirap, tentu akan menambah kesegaran sirap yang kita minum,” kata si tua yang bijaksana.

“Jika ditambah ke dalam air kelapa muda, tentu ia juga menambah kesegaran air kelapa muda kita. Pun, jika air batu ini ditambahkan ke dalam teh manis, atau dicampur dengan buah-buahan, ia pasti menambah ‘rasa’ yang nyaman. Walaupun, air batu itu akhirnya cair, namun ia telah melaksanakan fungsinya untuk menambah rasa dingin pada minuman. Ertinya air batu ini bermanfaat kepada manusia,”tambahnya lagi.

“Lalu, seandainya kita membiarkan air batu tersebut seperti dalam gambar ini, apakah air batu akan tetap seperti ini, atau akan mencair?” tanya si tua yang bijaksana cuba memancing.

“Tentulah air batu ini akan mencair,” ringkas jawapan si anak murid.

“Apakah pencairan air batu seperti ini sama manfaatnya jika dibandingkan dengan ketika kita mencairkannya ke dalam minuman?” soal si tua yang bijaksana lagi.

“Tidak. Kalau air batu ini kita campur dengan minuman dan kemudian mencair di dalamnya, ia akan menambah kesegaran pada minuman. Akan tetapi, jika ia dibiarkan mencair seperti ini, ia tidak menambah apa pun, selain hanya akan habis dalam jangka waktu yang tertentu,” balas si anak murid penuh yakin.

Si tua yang bijaksana menganggukkan kepala.

“Sekarang mari kita lihat ke dalam diri kita. Allah SWT mengurniakan kita umur dalam tempoh tertentu agar kita menjalani kewajipan selaku hamba-Nya, dan umur yang diberikan Allah adalah seumpama air batu ini.

Setiap saat ia akan mencair. Setiap detik, ia semakin berkurang. Setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun yang kita lalui. Hakikatnya, ia mengurangi jangka hidup kita di dunia ini, persis umpama lelehan air batu ini,” kata si tua yang bijaksana.

Si anak murid baru tersedar dari ungkapan terakhir gurunya, bahawa umur manusia akan berkurang setiap waktu dan ketika. Pantas dia meneliti kembali kepada gambar air batu yang diambilnya tadi.

“Justeru, kalau kita menggunakan umur kita untuk beribadah kepada Allah, tentu kita akan mendapatkan pahala di sisi-Nya. Begitu juga, kalau kita memanfaatkan umur kita untuk menuntut ilmu, InsyaAllah ilmu dan pengetahuan kita akan bertambah. Pun ketika kita menggunakan waktu kita untuk hal-hal yang bermanfaat, maka umur kita akan memberikan manfaat bagi kita, sebelum akhirnya jangka hayat umur kita itu sampai ke penghujung.

“Sebaliknya, andai kita hanya tidur seharian, hal itu sama sekali tidak akan menambah tempoh umur kita, bahkan ia tetap akan berkurang. Atau andai kita menggunakan umur sekadar untuk berfoya-foya, untuk bermalas-malasan, umur kita tetap akan berakhir sebagaimana mencairnya air batu ini. Ia tidak memberi manfaat apa pun kecuali kerugian,” tambah si tua yang bijaksana.

“Ya, benar. Air batu ini kalau dibiarkan cair sia-sia, lebih baik ia diguna kerana terasa nikmatnya. Demikian juga umur manusia. Andai dipakai untuk ibadah ia akan berkurang, tapi beroleh pahala, sementara jika diguna untuk melakukan maksiat dan kejahatan, pun ia akan habis juga, tetapi hanya menambah dosa,” celah si anak murid, mulai memahami apa yang dimaksudkan oleh gurunya.


AMAL JARIAH


Kisah di atas, walau pun ringkas namun padat dengan pengajaran. Betapa usia yang ada harus diisi dengan perkara-perkara yang berguna untuk agama dan ummah. Saya menjadikannya sebagai ingatan dan penggerak semangat untuk terus bertatih di dunia penulisan dakwah. Biar sedikit tetapi terus istiqamah.

Juga, bila mengenangkan bekal untuk dibawa ke akhirat sana, sumbangan melalui penulisan inilah yang amat saya harapkan mampu membuah pahala berterusan di sisi Allah Yang Maha Esa. Sebagai amal jariah yang akan memberi manfaat jangka panjang walau jasad ini telah berkubur di dalam tanah, InsyaAllah.

Selaku seorang yang tidak punya wang dan harta berjuta, juga jauh sekali dari memiliki emas permata yang menggunung banyaknya. Justeru, kesempatan dan sedikit bakat yang ada untuk menyampaikan kebenaran, harus saya manfaatkan selagi ada nafas dan nyawa di badan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang bermaksud :

"Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)...dn anak yg soleh yg sntiasa mndokn ibu bapanya" 

( Hadis riwayat Ibnu Majah )

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya empat perkara iaitu mengenai umur; ke mana dihabiskannya, usia muda; bagaimana dia melaluinya, harta; dari mana dia perolehinya dan bagaimana dia membelanjakannya serta ilmu; apakah dia sudah beramal dengannya.” ( Hadis riwayat Tirmidzi )

Imam Ibnu Qudamah pernah menyatakan : 
“Manfaatkanlah waktu hidupmu yang sangat berharga, jagalah waktumu yang mulia. Ketahuilah, bahwa masa hidupmu sangat terbatas. Nafasmu boleh dibilang, setiap nafas akan mengurangi bahagian umurmu. Umur itu sangat singkat dan yang tersisa sedikit amat. Setiap bahagian umurmu adalah mutiara yang sangat berharga, tidak ada tandingan dan penggantinya.

Sesungguhnya dalam hidup yang singkat ini pasti akan bermuara pada kenikmatan yang abadi atau azab yang pedih. Maka janganlah engkau sia-siakan mutiara umurmu yang berharga pada perkara yang bukan ketaatan kepada-Nya.”





Thursday, April 7, 2011

KENAPA HARUS WANITA SHOLEHAH?



Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan ...
    Aku menjawab ... Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini ...



Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya ... Bagaimana mereka bisa berbaur (berinteraksi)…
    Aku menjawab  ...  Tahukah kalian ...  bahwa HATI mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta (uzur,tua)  yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-NYA ...  Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka ...  
    Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan (straightforwardness) yang mereka miliki ... HATI yang bening (clear, transparent) dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun ...


Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran ...  bagaimana mereka bisa romantis? Bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?
    Aku menjawab ...
    Tahukah kamu ...  bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.
    Namun, ada satu hal yang membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya ...  Mereka memiliki cinta yang suci untuk-NYA ...  Mereka mencintaimu karena-NYA, berkorban untukmu karena-NYA, memberikan segenap kasihnya padamu juga karena-NYA… Itulah yang membedakan mereka ...
    Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu ...  Cinta mereka murni ...  bening ...  suci ...  hanya karena-NYA ...
    Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeda … Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia ...

Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? Bagaimana mereka bisa menjadi wanita modern?
    Aku menjawab ...
    Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan HATI mereka untuk jauh dari dunia ...  Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada ALLAH ...  Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu, terbiasa dengan rumah-NYA.
    Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?
    Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan ...  Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak gampang menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.





    Pada akhirnya, akupun menjawab…
    Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau pahami sebelum kamu menjadi lelaki yang Sholeh seperti mereka ...
    Yang pandangannya terjaga ...  yang lisannya bijaksana ...  yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-NYA, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…
    Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari surga yang turun ke dunia, maka ALLAH takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-NYA … ALLAH menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni surga… Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah ...  sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan.
    ALLAH mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya ...  namun juga menggetarkan lakunya ...  
    ALLAH mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-NYA ... yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-NYA ...  
    ALLAH mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada ALLAH melebihi kecintaan mereka kepada dunia ...  yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi ALLAH tujuannya ...  Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya ...  ALLAH telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki Sholeh penghulu surga …

Seberat itukah?

Ya … Takkan mudah ...  sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan …



Yusuf Al Bahi


::: Juma'at, 27 Rabiul Akhir 1432 | Juma'at, 1 April 2011 ::::
[ Semua Gambar Adalah Hiasan ]

__________________________
Dipetik dari:

Shared By Bicara Hidayah