Thursday, December 30, 2010

Bahaya Paracetamol/ Panadol

salam..hari nie ak dh rase shat skit..alhmdulillah...dn kbtuln plak s'org shbatku nur aqidah ad bg informasi ttg bhaya panadol...sdgkn ak bru jer lps mkn pnadol..hihi..agak t'lmbt la..pnadol dpt mnahan ksakitn kita nmun stiap yg mmpnyai kebaikn psti ad k'brukn jua...walupun pnadol mmberi mnfaat tpi skdr lam jngka pendek dn kburuknnye dlm mse yg pnjg...walluhualam xdpt d'pstikn adkh nie btol just p'kongsian...

Mengikut sebuah kitab perubatan kesufian: demam, batuk, selsema, cirit-birit dan sebagainya ialah satu anugerah Allah untuk membersihkan toksid dalam badan kita secara natural. kotoran dalam badan akan dibuang secara semula jadi. ubat yang ...dicipta oleh orang eropah menggunakan b...ahan kimia bersifat memberhentikan atau menyekat pembuangan toksid tu. contohnya, bila kita selsema, hingus akan meleleh untuk membuang toksid yang tak diperlukan. bila kita makan je ubat, ia dah mencairkan kahak dan selsema lalu terus terserap dalam badan kita. maknanya toksid tu tak dapat dibuang lagi dan dan akan berkumpul...

ANNOUNCE !!
JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) 

 UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

 "Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol... Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
 Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Sesungguhnya segala penyakit Allah lah yang Maha Berkuasa berhak menyembuhkannya... Bi Iznillah...


bila d'fikirkn blik..ya Allah btapa bnyknye ak mkn pnado trutama pnadol activefast..d'tmbh lagi ak ad migrain stiap kali migrainku dtg ak psti akn tlan pnadol dgn hrpn skit nie b'kurang apth lagi d'tmbh dgn tugasku sbg s'org pelajar..psti ak x mhu mnggung ksakitn ktika b'kuliah @ketika blaja..hnya ad stu cara iaitu mnln pnadol...nmun kini Allah dh mmbntuku dgn cara lbih baik....Allah tlh mnyedarkn ak ttg kburukn pnadol ciptaan org brt..mgkin ini stu wasilah Allah b'bicara dgnku..kasih sygNya amt mndlm pdaku...say thank you to Allah..=)syg Allah...~



bila hati d'duga~

Kadang-kadang hati ini terasa sunyi sepi
Kadang-kadang juga jiwa ini terasa kosong tidak berisi
Masa itulah yang telah memunculkan satu rasa
Cinta yang tiba-tiba menyelinap masuk di kamar hati
Rindu juga tiba-tiba menjelma jauh di sudut hati
Semuanya datang bagaikan satu mimpi yang tak pasti
Mengapa??

Ya Rabbana,
Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir
Dikala aku sedang mencari-cari cinta-Mu
Mengapa rindu ini harus ada
Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalan-Mu
Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti
Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..

Ya Rahim,
Aku sedar siapa diriku ini
Aku hanyalah hamba-Mu yang hina dengan longgokan dosa
Hari-hariku tidak terlepas dari berbuat dosa
Tatkala hati ini diduga oleh bisikan syaitan durjana
Aku hampir ketandusan iman di dada
Aku hampir hanyut ditelan gelombang nafsu cinta..

Ya Rahman,
Mungkin inilah ujian untukku dari-Mu
Sebagai kifarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan
Mungkin inilah juga dugaan-Mu
Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa
Walaupun aku sedar
Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redha-Mu..

Ya Ghafur,
Berilah aku kekuatan dan keteguhan iman
Untukku menepis dugaan cinta yang datang ini
Bantulah aku untuk bangkit dan bermujahadah
Melawan mainan perasaan ini
Tiada siapa yang layak membantuku tika ini
Melainkan Engkau, Ya Allah..

Ya Rabbul Izzati,
Teguhkanlah hatiku ini dengan kubu keimanan
Untukku serahkan cinta ini hanya pada-Mu
Untukku salurkan rindu ini hanya buat-Mu
Untukku sandarkan harapan ini hanya untuk-Mu
Untukku mudah menggapai pohon redha-Mu
Agar aku sentiasa mendapat belaian kasih sayang dari-Mu..

Ya Allah,
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Aku sedar dosaku menggunung tinggi tidak bertepi
Berkenankah Kau menerima doaku ini
Layakkah aku menerima cinta manusia
Sedangkan cinta-Mu masih belum ku temui..

Pintaku Ya Allah,
Berilah aku petunjuk dan hidayah-Mu
Agar aku bertemu dengan cinta yang mencintai-Mu
Hadirkanlah seorang putera agama pilihan-Mu
Untuk bersama denganku menggapai redha dan cinta-Mu
Jangan biarkan maksiat mencemarkan kesucian yang dibina
Peliharalah hubungan cintaku dengan payung rahmat-Mu
Agar cinta yang dibina kekal bahagia dan abadi
Di destinasi syurga Firdausi..










Inni Akhofullah(Sesungguhnya Aku Takutkan Allah)
Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku…
Akmal:
Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Dengan keanggunan wajahmu
Izzat:
Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti
C/O:
Ku menjauh…tak mahu ku tempuhi
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh…daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti
Faizal:
Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti
C/O:
Bridge:
Akmal: Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Pada keanggunan wajahmu
Izzat:
Dikala kau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti
Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku…
Ku lari jauh..jauh darimu…dari ujian ini…
Inni akhofullah!!! (Aku takutkan Allah)

“Puas kucoretkan kata cinta ini,

beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.
Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI…
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU….”

demam...

Mencari hati yang hilang.....Di kala malam menjelma ku bersujud padamu ya Rabbi, menangisi diri ku yang kealpaan..
Aku alpa utk bersyukur kpdMU setiap detik walhal Engkau xpernah lupa untuk beriku udara utk bernafas walau sedetik..
Di kala aku senang aku susah utk ingat padaMu tp dikala aku keresahan, kesusahan, Engkau yang aku cari..jahatnya aku!
Ampunkan aku ya Allah, rahmati aku ya Allah...mgkin nikmt dmam ini adlh amaran drimu...maafkn ak ya Allah...mungkin dmam ini adlh kifarah dosaku...jika dgn dmmku ini mmpu m'hilangkn dosaku ak snggup ya Allah...mgkin dgn dmmku ini mmbuatku ak muhasabh diriku kmbali....


dri smalam lagi..lps lab kmia ak rase dah x sdp bdn..kpalaku pening..pastu selesema dn stat batuk..mataku pdih..tekakku skit dn perit..x lna tido..nmun ak gagahkn jua kakiku utk pegi kuliah..azamku xnk tingglkn kuliah lagi..mulenya tyme kmia4 dn bio3 ak dpt thn tpi kbtuln ak ad test bio slps tu..mmg dh skit kpala sgt..nsib ad shbtku yg baik hati mrngkp biro kbajikan..nadhirah mohd nawawi aka k.nad bgiku pnadol..rase lega skit lps mkn pnadol..ak b'tahan smpi kels pi..pastu pulang ke bilik mkn dn tido..tyme pkul 2.30 ak dh x lart nk bngun mse tu hnya nmaMu kusebut..br kuingt skit nie dtg driMu...sblum nie ak asyk mngeluh...akhrnya ak tepon fa dn k.nad bgtau ak x dpt hdir...ak trus tido smpilh roomateku izyani dn madiha aka k.long dtg bg pnadol..mkn pnadol dn tido blik...tpi alhmdulillah peninku dh b'kurg n bolehlah ak b'blog...walupun still slesema dn btuk..kasih syg Allah...esok cuti..alhmdulillah at least ak boleh brehat dn x prlu ponteng kuliah..walupun sedih ak x dpt pulang kg..mgkin sbb nie kot ak dmam sebab rindu...rindu sgt2..rindu pd abah..mama...dn adik adikku juga nenek dn datukku...mggkin nie ujian buatku....ak hrus b'sbar dn redha dgn ujianNya...


Dalam sehari ak teringt berapa kali ak solat di awal waktu & berjemaah? Dalam sehari berapa kali ak solat sunat rawatib? Dalam sehari berapa kali ak berzikir, berselawat? Dan dalam sehari ada x ak dapatkan pengisian(tazkirah) rohani dan jiwa ?ya Allah..ampunkn ak..smakin hari ak smkin gagal m'luangkn wktu yg lama utkmu.. membaca nota2 cintaMu...b'zikir b'tsbih namaMu..ak lbih rela mmilih mnonton drama korea..bace novel..btapa b'dosanya ak..ak x mnepati jnjiku pdaMu..mgkin dgn dmm nie Kau kmbali mmbuka hatiku..maafkn ak Tuhan..ak mncintaimu..tmbhkn rasa cintaku pdaMu~


d'sni ak sertakn sdikit info ttg dmm..skdr p'kongsian b'sama



Apa itu demam

Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

[sunting]Tanda dan gejala

  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil

[sunting]Tindakan yang di ambil

  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.

Tuesday, December 28, 2010

tidak mnunggu sempurna

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.
Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?”
Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.

Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?


Kisah Abu Bakar RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakar RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakar mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:


1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga


Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakar RA, sebaik sahaja Abu Bakar beriman kepada


Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakar RA pada awal


keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.
Kita teliti, Abu Bakar RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakar? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakar ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakar boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?
Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakar RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.
Jadi kenapa Abu Bakar RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?
Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.
Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.


Perbaiki diri, dan ajak orang lain

Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:      “Islah nafsak, wad’u ghairak”
Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut: “Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”
Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:
“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.
Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’?
Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:
“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”
Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?
Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”

Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu ‘booster’ untuk peningkatan diri.
Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”


Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan…….
Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.

Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT.  Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:
“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.
Apa persamaan dua ayat ini?


Menyegerakan kebaikan.
Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pulaberpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.


Anda, nak untung atau hendak rugi?


Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran
Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan.
Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringat an. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.
Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.

Jangan lengah, jangan lewat-lewat.
Bergeraklah.
Bersegeralah.
Tidak perlu menanti sempurna.
Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.
 

sumber: ms.langitilahi. com

Friday, December 24, 2010

Impian tahun baru..remeh tp prlu~

Ayat yang biasa kita tuturkan setiap kali menjelang tahun baru,
“Saya mahu berubah.”
“Saya akan lakukan perubahan dalam hidup.”
“Saya mahu lakukan yang lebih baik.”

Bagus tu. Itulah yang sebenarnya dianjurkan. Berubah ke arah yang lebih baik.
Namun, lebih baik seandainya dispesifikasikan perubahan yang ingin dilakukan.
Lebih baik juga kalau dapat membuat checklist yang diharapkan dapat mengingatkan kita yang sememangnya sering terlupa dengn perancangan perubahan yang kita bina setiap tahun.
 Menyeru diri saya dan anda semua melakukan perubahan dalam urusan yang mungkin agak REMEH sahaja, tepi PERLU.

Apa kata tahun ini kita membuat sedikit perubahan dalam perkara-perkara berikut. Biarpun sedikit, yang penting konsisten dan istiqamah sepanjang tahun.

Bermula dari awal hari kehidupan:

1. Kita mulakan hari dalam kehidupan dengan bertekad menunaikan solat Subuh. Subuh di dalam waktunya. Bukan Subuh gajah. Bukan juga Subuh dinasour. Jadi, walau apapun, perlu bertekad bangun pagi seawal azan Subuh berkumandang.  Lebih baik kalau dapat Subuh berjamaah. Tidak kira di masjid, surau ataupun di rumah. Di masjid, berjamaah dengan jamaah surau yang lain. Di rumah, berjamaah dengan isteri dan anak-anak yang menjadi amanah besar daripada Allah yang perlu dijaga dan dididik.

2. Mengembalikan nostalgia membaca Al-Quran. Kalau naskah Al-Quran sudah sekian lama tidak disentuh, di awal tahun ni sentuhlah ia agar sentuhan itu bisa mengundang kerinduan untuk membacanya setiap hari. Lebih baik seandainya dapat membaca Al-Quran setiap kali selesai solat fardu. Jika tidak berupaya, cukuplah membacanya setiap hari walaupun hanya sekali sehari. Asalkan kita tidak meninggalkan Al-Quran yang hakikatnya itulah PEDOMAN AGUNG dalam kehidupan ini.

3. Membiasakan kembali diri untuk membaca doa-doa harian yang mudah-mudah. Kalau sudah berumah tangga, amalan ini akan menjadi didikan tidak langsung kepada isteri atau suami serta anak-anak. Mudah sahaja. Baca doa dengan suara yang dapat didengar oleh isteri, suami dan anak-anak ketika masuk dan keluar tandas, doa makan, doa naik kenderaan, doa masuk dan keluar rumah, doa melihat cermin dan doa-doa mudah yang lain. Jadikan ia sebagai rutin yang mudah. Pasti ia dapat membina satu suasana atau bi’ah islamiyyah dalam kehidupan kita. Mudah sahaja bukan?

4. Menanamkan tekad untuk mengenakan pakaian yang sesuai dengan corak pemakaian Islam yang baik seperti memakai tudung yang menepati garis panduan Islam yang betul. Pilihlah mana sahaja berkenan dan menepati citarasa anda fesyen-fesyen tudung banyak terdapat di pasaran asalkan ianya tidak jarang dan tidak menampakkan leher dan dada. Jangan sampai kita berfesyen tetapi lupa akan kriteria-kriteria fesyen yang dibenarkan Islam. Begitu juga dengan baju. Berfesyenlah, asalkan menutup aurat, tidak menampakkan bentuk badan, jarang, dan menjolok mata kerana jika mengingkarinya, ianya akan mengundang derita dan sengsara di Akhirat kelak. Bagi yang bergelar suami, bantulah isteri dan anak-anak anda berpakaian seperti membelikan pakaian yang menutup aurat dan memberi nasihat dengan baik dan pandangan dengan gaya pemakaian yang mereka kenakan setiap hari sama ada dalam keadaan rasami mahupun santai. Andalah pemimpin dan penasihat Dunia dan Akhirat mereka.

5. Bagi mereka yang sudah mendapat ‘title’ suami dan bapa, sesekali tanamkanlah tekad untuk ‘mencemar duli’ bagi meringankan tugas isteri menguruskan rumah dan anak-anak. Kasihanilah isteri anda yang kepenatan. Membantu isteri membasuh pakaian (letak sahaja baju-baju di dalam mesin basuh, mesin yang akan mencucinya), menjemur pakaian, atau membuang sampah yang sudah memenuhi tong sampah rumah, tidak akan menjatuhkan nilai kepimpinan yang anda miliki. Percayalah!

Andai punya isteri yang suka membebel, biarkanlah. Sekejap sahaja. Nanti akan baik sendiri. Pagi tadi, ketika bersarapan pagi nasi lemak yang suami saya belikan di kedai, saya tertarik dengan tajuk artikel dari Dr. H.M. Tuah yang terdapat pada pembungkus nasi lemak. “Tajuknya: Berbeza itu serasi namanya”.  Membincangkan sifat suami isteri yang berbeza itu adalah keserasian. Isteri yang pendiam, biasanya suaminya adalah seorang yang banyak bercakap. Dan begitulah sebaliknya. Kerena itu, jika anda punya isteri yang kerap membebel, redhalah kerana itu adalah kebiasaan sifat seorang wanita yang kepenatan menguruskan rumahtangga yang tidak pernah habis kerjanya. Selami kisah bagaimana Sayyidina Umar berhadapan dengan isterinya yang sedang membebel. Pasti anda akan merasa kagum dengannya.

6. Khusus bagi mereka yang sudah berumah tangga. Di saat anda menikmati detik-detik bahagia bersama isteri dan anak-anak, luangkan masa juga untuk bersama sahabat anda yang sedang menghadapi kesusahan dan derita. Andai bantuan kewangan tidak dapat diberikan, sokongan dan kebersamaan anda bersama mereka sebenarnya amatlah bernilai. Pasti segala bantuan dan sokongan yang anda hulurkan tidak akan disia-siakan Allah. Bagaimana jika jauh jaraknya? Bukankah teknologi komunikasi negara kita sudah mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan? Kenapa tidak dimaksimumkan penggunaannya untuk tujuan kebajikan? Alat-alat komunikasi 3G, iPhone4, Facebook, semuanya boleh membantu anda ibarat dunia ini tiada sempadannya.

7. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Itulah yang perlu diingat selalu. Kesibukan mengejar kesenangan dunia jangan sampai membuat kita alpa dengan gelaran ANAK yang kita miliki. Sayangi ibu dan ayah dengan menzahirkan kasih dan sayang anda kepada mereka. Buatlah apa sahaja asalkan mereka bahagia mendapat seorang anak seperti anda. Seringlah menziarahi mereka. Bertanya khabarlah dengan ibu dan bapa anda sekerap yang mungkin. Mereka pasti gembira seolah-olah anda sentiasa di sisi walaupun hakikatnya anda jauh beribu batu dari mereka.

Cukuplah sekadar 7 perkara untuk saya sentuh dan berikan perhatian untuk kali ini. REMEH TETAPI PERLU! Untuk impain yang ‘besar-besar’, anda tentukanlah sendiri. Buatlah planning yang baik agar kita tidak mensia-siakan usia yang Allah pinjamkan buat sementara. Saya mendoakan agar impian dan harapan tahun baru kita semua kali ini akan mencapai sasarannya.

ajari ak cintai Dia

Hari demi hari, ku rangkai bibir tak hanya di bibir, tapi juga di hati. Walau  kutahu, mungkin tak utuh sepanjang waktu, kerana lemahnya aku. Padahal semestinya doa tak pernah terusir, bahkan di saat fikir dan ikhtiar menjalankan tugas, dari awal hingga akhir.


Saat tubuh merebah, baru CINTA menumbuh. Tersedar akan dosa kecil dan besar, dosa yang nyata dan tersamar. Entah kenapa harus demikian. Kenapa harus disedarkan dengan teguran. Padahal tak semestinya menunggu nikmat sihat, lalu sakit baru CINTA kembali bertaut.
Tapi inilah aku, seorang lemah yang baru mengeja CINTA, mencubanya menjadi biasa, namun seringkali kembali terlena oleh dunia, dan CINTA pun kembali sulit terasa.


Benar kiranya bahawa walau di sirami air dari tujuh samudera, bahkan di cucuri air hujan dari tujuh langit pun, CINTA tak akan tumbuh, jika hati tetap dinahkodai kehendak buta. Tak kan tumbuh jika hati dikunci dengan gelumang dosa. Tak kan tumbuh jika hati dibasuh nafsu selalu, diselimuti keangkuhan wujud pengusiran jati diri penghambaan. Tak kan tumbuh, tak kan. TAK KAN.
Maka aku bahagia jika air mata berlinangan saat mensyukuri nikmatmu, bukanlah air mata ini adalah timba CINTA. Aku,  jika air mata berlinang saat teringat dosa dan memohon ampun Kepada Mu, bukankah ini juga sedikit tanda CINTA. Maka, jangan biarkan hatiku membeku, tanpa CINTA. Hingga tak ada lagi air mata, yang dapat menjaga anggota tubuh yang terbasuh, haram terjilat api neraka.

NOOR - All For You video

Tuesday, December 21, 2010

Syeikh Abd Qadir Al-Jilani: 4 jnis mnusia d'dnia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah SWT dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai Orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada ya2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang diucapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.

Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW dengan sabdanya: "Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat". Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah

Mereka adalah seorang yang beriman. Allah SWT telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah SWT menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan berkhalwat (bersendirian).ng baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan Pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali r.a.: "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
Nabi SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". Sabda baginda lagi: "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam". Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhaan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah SWT dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib)

Diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan dipermuliakan". Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah SWT yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah".

Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian. Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai akal yang sihat. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak. Amein...



Di dalam kitab 'Futuh Al-Ghaib',