Thursday, September 20, 2012

"MAGIC BULLET"

-->
Salam buat semua yang dikasihi.Moga kita semua sentiasa dalam redha Allah sentiasa,,sekian lama ak biarkan blog ini sepi..dengan izinNya ak dapat idea untuk menulis semula..Alhamdulillah kini aku sudah berada di tahun kedua bergelar mahasiswa di UM..
Magic bullet??apakah tafsiran korang terhadap perkataan ini..??Sebenarnya idea magic bullet ini diambil dari seorang lecture yang mengajarku..Mengikut sains magic bullet ini sebenarnya adalah symbol kepada pesticide yg bernama chlorinated hydrocarbon aka dichloro-diphenyltrichloroethane..huhu susah bebenor nk sebut namanya..kenapa ia dipanggil magic bullet??kerana ia mmpu membunuh serangga dlm kuantiti yg banyak and extremely toxic to haiwan but  non-toxic kepada manusia ..seperti peluru yg mampu membunuh dgn satu tembakan…namun apa yg ak ingin kaitkan magic bullet orang islam??apa agaknya??


-->
Doa adalah senjata orang beriman…Doa adalah peluru yang xkan pernah habis melainkan saat nadi terhenti…bukankah doa juga adalah satu “magic bullet”buat kita..saya ada terbaca tinta Dr. 'Aid bin Abdullah Al-Qarni ..mungkin kalian pernah mendengarnya..
"Sesiapa yang berdoa kepada Allah, maka Allah kabulkan,
Sesiapa yang meminta kepada Allah, maka Allah memberi,
Sesiapa yang tawakal kepada Allah, maka Allah mencukupi,
Sesiapa yang bersandar kepada Allah, maka Allah beri kekuatan."


Firman Allah
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Surah al-baqarah :186..

Jadi apa yang kita tunggu,,sentiasalah berdoa kepadanya.Dia pasti mendengar rintihanmu...jangan malu untuk meminta kepadaNya..jangan segan untuk mengadu kepadaNya..luahkan segala rahsiamu padaNya…sungguh ak lebih selesa berdoa dalam bahasa melayu selepas solat..kerana ak lebih mengerti..ak mampu luahkan segalanya pada Dia..dan hatiku terasa lebih lapang dan tenang..seperti tenangnya air tasik..namun kadangkala gelora pasti ada..Betol x pandangan saya??doa adalah magic bullet..bezanya ia bukan untuk membunuh tapi menghidupkan jiwa yang lalai..juga untuk menguatkan…sebab itulah ia magic..hehe
Sekian..wassalam..moga Allah redha~

        



Saturday, February 18, 2012

Nada cinta si Awan pada Bumi…

Salam buat semua yang dikasihi.Moga sentiasa dalam redha Allah sentiasa…Alhamdulillah sakit yang Allah bagi ad hikmahNya..mungkin sebagai kifarah dosa juga untuk melapangkan minda..menenangkan hati dan bermuhasabah diri kembali…namun kesakitan Migrain nie hanya Allah yg tahu…hnya doa mmpu kutitipkan agar bisa menjadi penawar…


Ak ad blogwalking ke blog2 yang ak xvkenal pun pemiliknya..ilmu nie kan luas..pelbagai cara boleh digunakan utk mndapatkan ilmu apatah lagi di zaman globalisasi ini…yang kaya dengan teknologi..Rasulullah pernah bersabda

sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya kepada penuntut-penuntut ilmu agama kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan..”

Namun ak ad tertarik dengan satu blog nie..ia menimbulkan ilham untukku menulis namun dalam persepsi/bentuk yang berbeza…bukan copy paste tau tapi idea hikayat si awan nie dtgnya dari hamba Allah tersebut…perkataan yg sama namun jalan cerita yg berbeza…



Awan itu isipadunya ialah wap air yang ketumpatannya rendah. Isipadunya sangat besar . Dengan izin tuhan , dia terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . Kagumnya ciptaan tuhan ini , sifatnya yang sangat cintakan bumi …Subhanaallah..
Cinta si awan kepada si bumi ialah dengan melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya….Cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi… 

menyucikan jasad kotor membawa .sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangan menyebarkan kedinginan…Itulah dia cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya…

Aku kagum. Kagum dengan falsafah awan putih..aku ibaratkan awan putih itu seperti hati…ingin ak penuhkan hati itu dengan isipadu iman yang semakin hari semakin bertambah dihiasi dengan ibadah disulami dengan kekuatan dalam bermujahadah melawan nafsu dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan mencipta ketumpatan rendah diri agar aku mmpu berusaha memiliki jiwa sufi…dan menjadi hambaNya yang sebenar-benarnya..agar aku bisa menumpahkan segala cintaku padaNya meletakkan sepenuh cinta dan penggantungan hanya padaNya…agar ak yakin DIA DIHATIKU..sepertimana awan yang memuntahkan cintanya pada Bumi melalui air hujan yang turun….
cinta yang sebenarnya ada disebalik langit yang luas ,
bagaikan hati rabiatul adawiyah yang kaya dengan tanah di dahinya ,
mengenal tuhan , pemberi cinta dan pemilik hati .




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, January 27, 2012

Ombak Rindu Ilahi..

Ombak Rindu Ilahi..

Bismillahirahmanirrahim..Dengan nama Allah Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang…indahnya suasana petang ini angin pohon melambai-lambai bertiup..bertemankan secawan kopi..sambil melihat panorama kampong yg cukup indah.Kesempatan berada di rumah nenek cukup mendamaikan..dikelilingi pohon hijau…melihat nenek tgh bersembang brsama jiran-jirannya…

Di petang yg damai ini tangan terasa gatal sangat nak menulis.sekadar berceloteh berkongsi dengan diari ini..berkongsi tentang kebesaran Ilahi.merenung indahnya ciptaanNya.lambang kebesaran dan
kekuasaan Ilahi..ingin kukongsi setiap catatan indah buat Ilahi..

usrati jannati(^^)


penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".


beberapa hari yang lepas,Setelah lama x melihat pantai ak berpeluang ke pantai yg dekat jer ngn rumahku..berbulan-bulan x  balik ke bumi ganu pasti peluang pulang ini ak manfaatkan sepenuhnya untuk ke pantai..pantai dan laut adalah ciptaan Ilahi yang paling ak suka dan kagum..apatah lagi rumahku yg berdekatan dengan pantai Teluk Ketapang..alhamdulillah..berulang kali bertasbih dn bertahmid di hati ini.terlalu mengagumi kebesaran Ilahi.Rasa tenang sekali jiwa ini saat melihat air laut yang cukup tenang beralun walau kadangkala ombak menjengah..angin pantai yg bertiup sepoi-sepoi bahasa..Subhanaallah…rakanku bercanda “ati,kan bes dapat dtg kat sini dengan suami”hehe…tergelak kami..jawabku “Zahrah,jgn  bmbg,waktu  zahrah dah dekat…hihi..=)
“Ya Allah kurniakan ak ketenangan seperti tenangnya air laut ini “






Ak suka melihat ombak..teguhnya batu2 itu berdiri walaupun berkali-kali dipukul ombak.Alangkah bahagia andai ak  juga boleh menjadi kuat dan tegar seperti batu itu.yang redha menerima gelora yang datang ujian yang menjengah.Sungguh ak ingin menjadi seperti batu-batu itu.Yang kuat menahan pukulan ombak..Agaknya klu batu itu hanya sebutir adakah dia mampu bertahan pasti dia akan hanyut dibawa ombak.Aku dapat mengaitkan batu  batu besar itu seperti ukhwahfillah.Kita akan kuat seandainya turut bersama dengan sahabat-sahabat bukannya bersendirian.Indahnya jika ukhwah itu berteraskan keimanan pada Allah..Subhanaallah..ingat satu hadis yg kupetik dari sebuah novel.Rasulullah bersabda
Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah  seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain (Hadis Riwayat Muslim )..




Kehadiranku ke pantai bukan seorang diri.Kebiasaannya ak akn bersama familyku namun petang semalam ak bersama dengan sahabat2ku  yang banyak mengajarku erti Cinta..cinta sejati yg mmbawa ke syurga..banyak ku belajar daripada mereka..


Allahurobbi...

Kekadang terasa sayang-Mu
Bersama kurnia hidayah
Kekadang terasa murka-Mu
Seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
Terlerai ribuan taubatku
Terungai semua janjiku
Kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
Mengemis di jendela usia
Terus mencari wajah diri
Menadah keampunan Ilahi!
( dr pahrol Juoi)
                                     Kadan-kadang ak rasakan ombak rindu Ilahi… saat itu mungkin imanku kuat namun kadang-kadang ombak itu semakin perlahan dan mungkin saat itu iman ini lemah..


ya Allah andai iman ini lemah,hantarkanlah bantuanMu agar iman ini kembali kuat..agar ombak rindu ini terus bergelora..bergelora kerana nerindukanMu...mencintaiMu…


ya Allah, aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh untukMu..aku tahu, semua ini terjadi kerana ketetapanMu dan aku ikhlas..sakit dan lelahku adalah HARGA yang tidak seberapa dibandingkan KELALAIANKU dalam sujud padaMu..
Puas dapat meluahkan rasa cinta ini pada Allah meskipun nota cintaku ini tidak sehebat nota cinta Allah kepada hambaNya...dapat bermuhasabah diri dan dapat menenangkan hati..

““ssngguhnya org2 yg mngatakn “Tuhan kami ialah Allah”kmudian mrk ttp istiqomah maka tdk ad kekhuatiran  trhdp mrk dn mrk tiada pula berdukacita..”  (Al-Ahqaf:13)





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me