Thursday, September 20, 2012

"MAGIC BULLET"

-->
Salam buat semua yang dikasihi.Moga kita semua sentiasa dalam redha Allah sentiasa,,sekian lama ak biarkan blog ini sepi..dengan izinNya ak dapat idea untuk menulis semula..Alhamdulillah kini aku sudah berada di tahun kedua bergelar mahasiswa di UM..
Magic bullet??apakah tafsiran korang terhadap perkataan ini..??Sebenarnya idea magic bullet ini diambil dari seorang lecture yang mengajarku..Mengikut sains magic bullet ini sebenarnya adalah symbol kepada pesticide yg bernama chlorinated hydrocarbon aka dichloro-diphenyltrichloroethane..huhu susah bebenor nk sebut namanya..kenapa ia dipanggil magic bullet??kerana ia mmpu membunuh serangga dlm kuantiti yg banyak and extremely toxic to haiwan but  non-toxic kepada manusia ..seperti peluru yg mampu membunuh dgn satu tembakan…namun apa yg ak ingin kaitkan magic bullet orang islam??apa agaknya??


-->
Doa adalah senjata orang beriman…Doa adalah peluru yang xkan pernah habis melainkan saat nadi terhenti…bukankah doa juga adalah satu “magic bullet”buat kita..saya ada terbaca tinta Dr. 'Aid bin Abdullah Al-Qarni ..mungkin kalian pernah mendengarnya..
"Sesiapa yang berdoa kepada Allah, maka Allah kabulkan,
Sesiapa yang meminta kepada Allah, maka Allah memberi,
Sesiapa yang tawakal kepada Allah, maka Allah mencukupi,
Sesiapa yang bersandar kepada Allah, maka Allah beri kekuatan."


Firman Allah
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Surah al-baqarah :186..

Jadi apa yang kita tunggu,,sentiasalah berdoa kepadanya.Dia pasti mendengar rintihanmu...jangan malu untuk meminta kepadaNya..jangan segan untuk mengadu kepadaNya..luahkan segala rahsiamu padaNya…sungguh ak lebih selesa berdoa dalam bahasa melayu selepas solat..kerana ak lebih mengerti..ak mampu luahkan segalanya pada Dia..dan hatiku terasa lebih lapang dan tenang..seperti tenangnya air tasik..namun kadangkala gelora pasti ada..Betol x pandangan saya??doa adalah magic bullet..bezanya ia bukan untuk membunuh tapi menghidupkan jiwa yang lalai..juga untuk menguatkan…sebab itulah ia magic..hehe
Sekian..wassalam..moga Allah redha~

        



No comments:

Post a Comment