Friday, February 25, 2011

when u say

salam...sejak akhir2 nie entah knape rase cam down jer..rase cam dh xde kekuatn dlm diri..tarbiyah dh makin kurang..tpi sememangnya mnusia akn sntiasa d'uji..smkin kita cinta pda Allah smkin b'tmbah kita d'uji..Allah ingin mlihat sejauh mana kita benar2 ikhlas cintaknNya krn syurga Allah sgt2 indah nmun jln ke syurgaNya x seindah yg kita jngka..jalannya pnuh onak dn duri pnuh mehnah..itulah jalan mnuju syurgaNya..nmun ak trus t'tnya adkh ak mmpu b'tahan..b'tahan dlm cube mnggapai cintaku pdaNya..b'tahan dlm mnruskn Perjuangn kekasih Allah dn shabt2 Rasulullah..sungguh ak ingin..ak x b'dusta nmun Allah giv me the strength..b'kata mmg mudah nmun utk mmbuatnya sgt sukar skali.kadang2 sering ak b'tnya knapa ak dipilih??knape...knpe ujian ini utkku??knape???astaghfirullah..ampunkan ak ya Allah..ak x ptut mnyalahkanMu..sesungguhnya apa yg kau berikan adlh t'baik utkku..thanx Allah bcoz u luv me..thanx Allah100x Kau berikan ku ksedaran.. beriknku HidayahMu..ak prnh mnolak hidayahMu nmun Kau mmberiknku pluang kedua..x mgkin ak b'main tarik tali dgnMU.....ini jalan ku pilih..menggapai redhaNya..





when u say

cintaNya Dia pd kita..

the right path...believe HIM..trust HIm


tiada yg mustahil dgn izinNya...

Dialah smber kekuatan kita...kita lmah tnpaNya..

Dia Maha Pengampun..


lindungiku dri godaan syaitn yg d'laknat..

sntiasa mengadu dn berdoa padaNya..


Dialah cinta hakiki...


jalan ke syurgaNYa..
dekat syurgaNya jauh dri nerakaNYa..


bacalah Nota-nota Cinta Allah..

ketahuilah dgn mengingati Allah hati akn tenang

Thursday, February 24, 2011

bersyukur sebab 'TAK CANTIK'~






Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.





Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita,


Paling penting, kerana saya tak cantik..








saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa jika d'bndingkan cntik d'sisi ILahi..krn saya yakin jodoh maut d'tgn ALlah...andai Allah cintakan saya pasti dia akn mngurniakn saya s'orang lelaki yg turut mencintaiNYa agr kami dpt b'sama dlm mnggapai redhaNYa..



dn yg pasti walupun saya tidak cantik..lelaki itu mencintai saya seadanya..bkn mncintai krn rupa saya atau kcntikan saya..atau kebijaksanaan atau kekayaan saya ttpi cintakn saya krana Allah..


saya percaya pda jnji Allah'prempuan yg baik utk lelaki yg baik dn sebaliknya..walau saya msih blum b'temu dgnnya nmun andai namenya t'catat d Luh mahfuz utk saya maka dialah cinta saya slepas Allah dn Rasul....




dn pada sesiap yg merasakn dirinya tidak cantuk spt saya jgn bmbg..carilah cinta Allah krn kita xkn mnghrpkn yg lain stlah kita mula jatuh cinta dgn Dia..sesungguhnya ALlah itu Maha penyayang...








Saturday, February 19, 2011

titipan buat hawa

بسم الله الرحمن الرحيم

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang saja.. 
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.





Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.


Friday, February 18, 2011

masih ada waktu...



Bermula dari debu kecil anggaran sebesar zarah.
Ia datang, ditiup angin..kemudian datang lagi ditiup angin lain yg dibawa kenderaan bermotor..
Terus-terusan debu itu datang menghinggap..
Lama kelamaan semakin menebal..berlapis-lapis..

Dari tidak terlihat dek pandangan mata kasar, sehingga ia terlihat.
Jika dibiar terus seminggu, debu semakin menebal dan semakin sukar untuk membersihkannya..
Tapi, jika setiap hari dibersihkan, yg terlihat hanya sedikit. Usaha untuk membersihkannya juga tidaklah sukar..Cuma perlukan usaha dan kerajinan...huhu..sy bkanlah s'org yg rajin pun..sapu smpah pun hnye ari cuti..klu ari bse mmg x smpt..kuliah stat kol 8/9..smpt kmas katil jer...huhu..
debu nie boleh d'analogikn ibarat dosa kecil..sikit-sikit lama2 mnjadi bukit..nauzubillah...


 stiap hari kita xkn t'lpas dri m'lakukan dosa.. dosa-dosa kecil akn sering menghampiri kita...
Masihkah kita memiliki kecenderungan utk meremehkan kerana kecilnya dosa itu di matamu?
Jika masih dan benar adanya, maka ingatlah bahawa biarpun dosa itu bernilai kecil, tetapi bila ia sering dilakukan, ia akan berubah menjadi dosa yang besar.

Muhammad ibnu Abdullah SAW pernah mengingatkan,

"Jauhkanlah dirimu dari dosa-dosa kecil..!"

Kemudian, baginda membuat perumpamaan..

Seperti adanya suatu kaum yg singgah di suatu tanah lapang. Mereka memerlukan kayu bakar.
Maka, si A mengambil 1 ranting, si B mengambil 1 ranting. Sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yg banyak. Kemudian, mereka nyalakan api, sampai mereka boleh memasak roti mereka.

Baginda menyambung lagi dgn tenang..
"..Maka, demikianlah, bahawa dosa-dosa kecil itu menompok pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu meremehkannya.." [HR Ahmad, At-Thabrani, al-Baihaqi ]

Dosa kecil yg sudah sebati dalam diri, membuat diri semakin mudah mendekati dosa-dosa besar..
Hati telah tercemar dengan timbunan dosa-dosa yg akhirnya menghijab nur iman..
Cahaya iman nya semakin kelam..lagi pula debu-debu dosa itu tidak pernah disucikan dengan taubat, istighfar, taqarrub jua kebaikan.
Kerana imannya semakin pudar, tiada lagi signal alarm yg akan menahannya dari melakukan dosa & maksiat. Segalanya di anggap biasa, budaya, adat, trend dan seumpamanya..

Tompokan dosa di atas dosa..sehingga membutakan hati dan hati mati kerananya.
Hati mereka telah tertutup dgn segala debu-debu dosa, maksiat & jahiliyah.

Fudhail bin 'Iyadh mengatakan,
"Selama kamu menganggap kecil sebuah dosa,maka semakin besar dosa itu di hadapan Allah. Selama kamu melihat besar sebuah dosa, semakin kecil dosa itu di mata Allah.."

Adakah kita sedar bahawa dgn meremehkan dosa-dosa kecil, kita telah mmbenarkan hati bermaksiat kpd Allah?ibarat kita mmberi pluang kmenangan kpd syaitn..

Jangan melihat kecilnya dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa engkau berbuat dosa.
Pastinya ada rasa malu padaNya..namun, andai sudah tidak ada malu, maka, segeralah sucikan jiwamu..

Jika dulu kita sering melakukan maksiat, maka buatlah kebajikan pada masa2 yg tersisa ini..
Jika kita masih juga melakukan keburukan dan kemaksiatan pada masa2 yg masih berbaki ini, ingat bahawa kita akan dihisab atas kemaksiatan dahulu & juga pada masa2 berbaki ini..

"Sesungguhnya beruntunglah orang yg mensucikan jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yg mengotorinya.." [Asy-Syam : 9-10]

Sucikanlah dirimu..sucikanlah hatimu. Baikilah ia, dan bawa dirimu pada ketaatan padaNya. Maka kau akan menjadi orang yg sangat beruntung dan mulia disisiNya..begitu pula sebaliknya.
Islam itu bersih,janganlah kita mengotorinya dgn noda2 dosa...masih ad waktu utk kita bertaubat..selagi dnyut nadi blum t'hnti..

Konsepnya mudah..
Jika kita belum mampu berbuat banyak untuk kepentingan Islam, jangan pula kita menambah jumlah orang yg berbuat maksiat di muka bumi ini.

Betapa hanya kerana dosa yg sekelumit cuma pernah menggagalkan umat Islam suatu ketika dulu. Kejadian dlm perang Uhud kiranya cukup utk kita mengambil pelajaran. Kemaksiatan yg dilakukan oleh segelintir orang bisa memberi pengaruh besar pada kemenangan Islam.
Saff umat Islam yg pada awalnya kuat & solid menjadi porak-poranda hanya kerana sebahagian pasukan di atas bukit tergiur utk turun mengambil harta rampasan perang walau sudah diperintah rasulullah utk tetap di situ..
Hanya kerana itu, 70 orang sahabat syahid dan wajah insan terpilih SAW turut terluka.

Betapa dosa & kemaksiatan itu melemahkan saff sebuah perjuangan. Khalifah2 Islam, Abu Bakar & Umar juga sering berpesan pada pasukannya sebelum berjuang supaya tidak melakukan dosa dan kemaksiatan, juga bertaubat utk mensucikan diri.
Taqwa hanya ada pada jiwa yg bersih.Ia adalah perlengkapan yg paling sempurna utk mendepani musuh.
Taubat dapat melindungi mereka dari apa yg tidak dapat dicegah oleh pedang.
Pertolongan Allah hanya ada pada jiwa-jiwa yg bersih dari dosa & noda.
Betapa hebat generasi didikan madrasah Rasulullah. Sangat sensitif terhadap perbuatan dosa.

Bezanya dengan umat kini..
Dosa kecil dianggap enteng..dipandang sebelah mata.
Dari kejahatan kecil tidak dizahirkan, hingga berzina terang-terangan. Segalanya dianggap biasa.
Anggota yg dikurnia Allah, diguna tidak bertempat.
Mulutnya sering mengata, mengadu domba, menfitnah.
Matanya sering memandang yg haram.
Telinga tidak ditapis, malah dibiar ditarik mendengar aib.
Tangannya sering mengambil, menyentuh yg bukan miliknya.
Kakinya bergerak ke arah maksiat malah semakin mendekati.

Jangan mengadu jika hati tidak tenang tenteram..
Jangan meluah ilmu tidak masuk ke dada..
Jangan runsing langkah perjuangan semakin goyah..
Jangan pelik maksiat terasa nikmat..

Periksa hatimu..
Perbaharuilah ia..
Menangislah kerana DIA..
Allah Maha Pengampun..
Runtuhkan egomu..
DIA menanti rayuanmu..

Indahnya jika iman sentiasa dijaga..

"Allah menjadikan kamu cinta kpd keimanan & menjadikan iman itu indah dlm hatimu, serta menjadikan kamu benci pada kekafiran,kefasikan & kedurhakaan.." [Al-Hujrat: 7]

Hasan Al-basri bila ditanyakan apakah hari raya itu baginya..beliau menjawab,
"Setiap hari pada hari itu aku tidak melakukan maksiat kpd Allah.."

Subhanallah, Allahu Akbar! Sememangnya itulah kemenangan yg besar.

Kerdilnya terasa. Faqir..

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah Al-'Azim~

Mari perbaharui iman kita. Sekarang. Jangan lagi bertangguh...

Saturday, February 12, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine's Day

ari ini 12 Februari. Lagi 2 hari, 14 Februari tiba. Valentine’s Day!!!. Itu yang selalunya orang gelar buat hari itu. Hal cinta paderi bernama Valentine yang menginspirasikan masyarakatnya akan cinta.
Walaupun itu adalah sambut orang Kristian, tetapi nampaknya orang-orang Islam turut menyambutnya seakan-akan hari itu adalah hari mereka juga, dan seakan-akan Paderi Valentine itu adalah contoh mereka juga dalam bercinta.

Maka hari ini, saya suka hendak ketengahkan satu susuk peribadi unggul, bersama cinta baginda buat kita. Sebagai motivasi bukan sahaja untuk menjadi seorang pencinta yang unggul, tetapi juga sebagai motivasi untuk kuat meneruskan kehidupan, dan motivasi untuk terus gigih mencapai kejayaan akhirat.
Itulah dia cinta Rasulullah SAW.
Cinta baginda yang ikhlas.
Pertamanya kita pulang melihat akan akar umbi cinta baginda. Ya, akar umbi. Apakah yang memulakan cinta seorang Rasulullah SAW?
Keimanan baginda kepada Allah SWT. 
Itulah yang memulakan cinta seorang Rasulullah SAW. Allah SWT mendidik baginda untuk menjadi seorang yang ‘caring’ dan bertanggungjawab.
Daripada seorang manusia yang hanya beruzlah menyelamatkan diri sendiri daripada kerosakan masyarakat, selepas mendapat wahyu, baginda menjadi seorang yang terjun ke tengah masyarakat untuk menyelamatkan mereka. Apakah yang mengubah baginda?
Keimanan baginda kepada Allah SWT
.“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)” Surah Al-Muddaththir ayat 1 dan 2.
Jika bukan kerana baginda beriman kepada Allah SWT, maka baginda tidak akan berani bersusah payah menerima risiko diperangi. Baginda tidak akan mengambil risiko untuk dipulau dan dihalau.
Tetapi keimanan baginda kepada Allah SWT, mengasuh cinta baginda menjadi kebal, menyebabkan baginda menerima semua risiko, untuk menyelamatkan ummatnya.
Baginda tidak mengharapkan yang lain, selain kebahagiaan ummatnya. Baginda tidak mengharapkan balasan harta, selain ketaatan ummatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan puja-pujaan, selain ketundukan ummatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan pangkat dan tahta, selain kepatuhan ummatnya kepada Allah SWT. Kerana ketaatan ummatnya kepada Allah SWT, menjamin keselamatan setiap diri ummatnya.
Tidakkah kita melihat?
Cinta baginda yang teramat utuh
Lihat sebentar dalam satu peristiwa baginda yang menyayat hati kita.
Ketika baginda berusaha berdakwah di satu tempat bernama Taif, baginda dibaling batu hingga cedera dan berdarah-darah.
Apabila Allah menghantar malaikat untuk menawarkan diri menghapuskan kaum Taif itu, Rasulullah melarang.
“Harapnya nanti, muncul dari tulang belakang mereka, orang yang beriman kepada Allah.”
Hingga begitu sekali. Bahkan, tidak cukup dengan kata-kata itu, baginda berdoa pula mengadu kepada Allah SWT. Bukan mengadu akan sikap kaum Taif yang kurang ajar, tetapi mengadu akan kemungkinan bahawa kelemahan dirinya yang menyebabkan Kaum Taif tidak menerima hidayah Allah SWT.
“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”
Cinta baginda langsung tidak terpadam dengan hinaan, makian, cacian. Sedikit pun cinta baginda tidak bertukar menjadi benci hanya dengan seksaan. Ini jelas membuktikan betapa kukuhnya cinta baginda, yang terbina atas keimanan kepada Allah SWT tadi. Memang bukan harta yang diminta baginda, memang bukan pujaan yang dicari, tetapi baginda hanya mahu ummatnya kembali kepada Ilahi, menjamin keselamatan mereka sendiri.
Cinta baginda tiada tolok bandingnya
Semasa pembukaan Makkah, pada hari kemenangan Rasulullah SAW, kaum musyrikin Makkah ketakutan kerana risau. Risau Rasulullah SAW membalas dendam ke atas mereka, kerana mereka tahu apa yang mereka pernah lakukan terhadap Rasulullah adalah amat menyakitkan hati sesiapa yang melihatnya.
Tetapi apabila baginda ditanya akan nasib Musyrikin Makkah, apakah jawapan baginda?
Baginda memulangkannya dengan soalan: “Apakah yang kamu sangka, aku akan lakukan?”
Kaum Musyrikin Makkah menjawab: “Kau akan mengampunkan kami.”
Rasulullah SAW tersenyum, dan menjawab: “Hari ini, aku maafkan kamu semua.” Dan membaca satu ayat daripada Surah Yusuf:
“Yusuf berkata: Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.” Surah Yusuf ayat 92.
Baginda bukanlah pendendam. Cinta baginda melangkaui segala kesukaran yang ditimpakan ke atas baginda. Sedikit pun cinta itu tidak tergoyah. Sedikit pun cinta itu tidak tergoyang. Asalkan ummat baginda kembali kepada Allah SWT, tidaklah baginda akan mengungkit dosa mereka yang lama.
Maka pada peristiwa Fathu Makkah itu juga kita dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW mengampunkan Hindun binti Utbah, isteri kepada Abu Sufyan yang memakan hati Hamzah RA, paman kecintaan Rasulullah SAW. Kita lihat juga bagaimana Rasulullah SAW mengampunkan Wahsyi yang membunuh Hamzah RA. Dan kita lihat juga bagaimana Rasulullah SAW menerima kembali Ikrimah bin Abu Jahal yang menentang kemasukan baginda pada peristiwa Fathu Makkah itu.
Cinta siapakah lebih unggul daripada cinta baginda ini?
Cinta siapa?
Cinta siapa?!
Cinta baginda kepada kita
Dan ramai yang tidak tahu, betapa cintanya baginda kepada ummat selepasnya.
Satu hari, Rasulullah SAW bersabda: “Aku merindui ikhwanku.” Para sahabat yang mendengar menjawab:“Bukankah kami ini ikhwanmu ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Tidak, kalian adalah sahabatku. Ikhwanku adalah mereka yang hidup selepasku, tetapi mereka beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah bertemu denganku.” – Hadith Riwayat Bukhari.
Kita sorot kembali perjuangan baginda. Sekiranya baginda tidak bersusah payah dahulu, kita hari ini jadi apa? Dapatkah kita merasai nikmat iman dan nikmat Islam yang merupakan kunci kepada syurga?
Sekiranya bukan darah baginda yang tumpah, sekiranya bukan peluh baginda yang terperah, adakah mungkin Islam akan tersebar hingga kita hari ini dapat merasainya?
Rasulullah SAW nyata mengajar kita bagaimana menjadi pencinta yang sebenar bukan?
Pencinta yang sebenar adalah seperti Rasulullah SAW. Yang cintanya ikhlas. Tidak mengharapkan balasan. Yang diketahui hanyalah keselamatan orang yang dicintai. Maka apakah yang lebih selamat berbanding mendapat syurga Ilahi?
Kita perhatikan semula.
Baginda merindui kita. Islam itu, baginda harapkan agar sampai kepada kita.
Tetapi apakah kita merindui baginda?
Cinta baginda ini, ke mana kita lemparkan?
Kita letak di dalam hati, atau kita buang entah ke mana-mana?
Penutup: Tetapi hari ini, baginda yang mencintai kita itulah yang kita tinggalkan
Hari ini, kita lebih ingat Paderi Valentine daripada Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW yang mencintai kita, itulah yang kita tinggalkan. Sedangkan baginda mengajak kita ke syurga Allah SWT. Sedangkan baginda risaukan kita. Sedangkan kita ini, amat dekat di dalam hati baginda hingga baginda merindui kita.
Tetapi kita?
Kita melupakan baginda. Kita ambil cara hidup lain. Kita ambil cinta lain selain yang diajarkan oleh baginda. Baginda bukan contoh kita. Kisah baginda tidak kita ketahui. Sirah baginda malas kita selak. Sunnah baginda kita campak ke tepi.
Ummat jenis apakah kita ini?
Tahun ini Allah menyusun Valentine’s Day berhampiran dengan Maulid Rasulullah SAW. Sambutan yang manakah lebih teruja untuk disambut oleh kita?
Inilah dia garisan. Sama ada kita ummat Rasulullah SAW, atau kita hakikatnya tunduk kepada cara hidup yang bukan Rasulullah SAW anjurkan.
Cinta. Apakah cinta kalau melempar ke neraka.
Dan lihatlah Rasulullah SAW. Ke manakah baginda membawa kita?
Adakah sama tempatnya dengan ke mana cinta Valentine membawa kita?
tepuk dada dn tanya IMAN..
pringatan utk diri sniri dn shabat yg kukasihi~


 


Sumber : LangitIlahi

Thursday, February 10, 2011

kunci kebaikn vs kunci k'burukn???

“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]

Jadilah pemegang kunci kebaikan kerana ia akan mendapat keredaan Allah dan balasan syurga. 

Jadilah hamba Allah yang soleh dengan menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain juga menjadi sepertinya. Golongan ini sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredai oleh Allah SWT. Orang ramai akan mencarinya bila mempunyai sesuatu keperluan berupa kebajikan malah dia bersedia untuk membantu orang lain dengan senang hati tanpa upah dan ganjaran.Memadailah ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak.

Jangan jadi golongan yang kedua iaitu pemegang kunci keburukan. Golongan ini melakukan kejahatan malah turut mendorong orang lain untuk melakukannya. dia mempromosi perbuatan maksiat dan dosa. Dia mendapat dosa malah turut memikul dosa orang yang mengikutinya. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka." ( Imam Muslim )
Hindarilah diri dari menjadi pemegang kunci kejahatan ini kerana dosa yang bertimbun-timbun terpaksa dipikul akibat menjadi ikutan oleh orang lain. Era IT yang serba canggih pada masa kini ramai benar pemegang kunci keburukan boleh dilihat di laman blog-blog dan laman sosial. Terdapat individu muslim yang menjadikan blog peribadi mereka sebagai sumber dosa dan maksiat. Dia meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, separuh bogel, promosi filem dan video lucah, cerita-cerita berunsurkan fitnah dan gosip yang tidak berasas malah turut mempromosikan artis-artis kafir dan musyrik serta memujanya secara melampau-lampau. Bukan sedikit pengunjung blognya. Entah berapa ‘bukit’ dosa yang terpaksa dia pikul akibat memegang kunci kejahatan itu.
Namun Alhamdulillah tidak kurang juga mereka yang ‘celik hati dan akhirat’ memilih untuk memegang kunci kebaikan. Mereka berkongsi ilmu agama dan ilmu keduniaan yang bermanfaat yang boleh dikongsi oleh orang lain. Sungguh beruntung mereka ini. Mereka mendapat pahala dengan sebab orang lain mengambil faedah dari blog-blog mereka. golongan ini akan terus mendapat pahala selagi ilmunya dimanfaatkan walaupun telah meninggal dunia sebagaimana maksud hadis nabi saw. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita agar menjadi pemegang kunci kebaikan dan menjauhkan kita dari menjadi pemegang kunci keburukan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.
Hendaklah kita mengajar kebaikan kepada orang lain.                                                                
Dengan  pengajaran yang dilakukan akan memberi kesempatan kepada ramai  orang lain untuk menerima dan menimba kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan."
"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." - (Hadis Riwayat Muslim).
Senantiasa mempelajari dan mengkaji kebaikan
Seseorang yang mempelajari dan mengkaji ilmulayak disebut sebagai kunci pembuka kebaikan. Dengan belajar maka pada akhirnya ia akan terdorong untuk mengajarkan kebaikan yang dipelajarinya.
 "Sebaik-baik orang dikalangan kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" – HR Bukhari .
Dengan belajar, seseorang akan menghidupkan kembali ilmu gurunya yang mungkin hampir mati.
Sentiasa mengamalkan kebaikan
Seseorang yang mengerjakan kebaikan akan dianggap kunci pembuka kebaikan kerana dengan mengamal kebaikan bererti ia memberikan contoh dan teladan kepada orang lain agar ikut mengerjakan kebaikan juga. Mengajar dengan contoh teladan lebih berkesan daripada mengajar dengan lisan.
Abu Darda' berkata: "Tidaklah kamu dianggap sebagai orang alim sehingga kamu mengamalkan ilmumu".
Sentiasa mendukung proses belajar dan mengajar pelbagai bidang kebaikan.
Sekiranya seseorang tiada kesempatan untuk belajar dan tidak mampu mengajar maka hendaklah ia menjadi orang yang memberi kemudahan kepada orang-orang yang mengajar dan belajar untuk melakukan kebaikan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan." (Al Maidah ayat 2)
Memberikan bantuan atau kemudahan kepada sesiapapun yang hendak mengamalkan kebaikan.
"Barangsiapa yang menyiapkan perbekalan untuk orang yang berperang di jalan Allah maka ia akan mendapatkan pahala orang yang berperang." (Muttafaqun 'alaih).
Menjadi penggembira dan memperlihatkan sikap bersahabat kepada penyeru kebaikan.
Seorang yang hadir dalam sebuah majlis kebaikan, meskipun hanya ikut-ikutan dan tidak serius melakukannya, juga layak dianggap sebagai kunci pembuka kebaikan sehingga layak mendapat keampunan dan rahmat Allah.
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
"Saksikanlah olehmu bahawa Aku telah mengampuni mereka semuanya," Malaikat berkata: "Diantara mereka ada si fulan, ia bukan sebahagian daripada mereka, kerana sebenarnya ia datang untuk suatu keperluan." Allah berfirman:"Sesungguhnya Aku juga telah mengampuninya. Kerana mereka adalah suatu kaum yang barangsiapa duduk bersama mereka, maka tidak akan mengalami kesengsaraan." (HR Muslim).
Rujukan: Fakhruddin Nursyam, Lc, Syarah Lengkap Arba'in Da'awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah, Bina Insani Press Solo, September 2006