Wednesday, February 2, 2011

cabaran kehidupan


kartun islamik by matahati.blogspot.




Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri...ibarat pelangi atau gula2 atau masakan..adakalanya rasa manis..adakala rasa masam rasa pahit..x indah jika hnya ada satu rasa atau stu wrna sje kan..  Kata orang warna-warni itu indah dn ceria. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan dlm mngharungi ujian dunia..

baru2 nie johor dan pahang dilanda banjir terutama di daerah segamat..di mesir pula berlaku demostrasi pejuang islam mnentang kezaliman pemerintahan kuku besi Husni Mubarak yg d'ketuai pimpinan Ikhwanul Muslimin  ..Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar  besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan...semuanya gara-gara x puas hati dgn sistem pntdbiran Mesir..moge ad-din ISLAM berjaye d'tegakkn di Mesir dn moga shabt shabtku yg study di mesir selamat kmbali ke tanah air..tiba2 ak teringat sirah dhulu sms p'juangan Sultn Muhammad Al-Fateh mmbuka Kota Constantinopel juga saat Sultan Salahuddin Al-ayubi mnawan BAitulmaqdis...

Jom  kita  lihat semula kepada sirah Rasulullah.. ingat Khabbab Al-Art?" . Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini...

Allah tlh berfirman Dia tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" b'tawakallah pda Allah...hnya Dialah sumber kekuatn kita..hnya pdaNyalah kita bergntung harapan.. Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir...berfikir tngunggjwb kita pda Allah..adkh kita amanah dlm mlksanaknnya...??? Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya....akal mnusia terbatas hnya pda Dialah kita mohon petunjuk..moga kita sntiasa d'jln yg lurus...

bersabarlah pda sesiapa yg ditimpa musibah..yakinlah Allah mngujimu dn stiap ujian ad gnjarannya..la tahzan..don't give up...setiap yg berlaku pasti ad hikmahnya..pasti ad manfaat dri segala musibah...


Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.

Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.

Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Ketiganya, penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.

ingtlah andai kita d'timpa musibah..ad yg  lebih menderita..pnderitaan kita xdklah sehebat pnderitaan rakyat Palestin..merekalah pejuang sebenar..bkal2 penghuni syurga...renungilh seketika rakyat palestin...hulurknlh doa buat mreka....~

No comments:

Post a Comment