Saturday, March 12, 2011

Cerpen: Aku Berada Dalam Tangan Yang Aku Cintai..( part 2 )


“Ini suprise ke apa ni?” Rafiqi bertanya. Suara itu sayup-sayup kedengaran kerana angin sedang kuat menerjah ke arah mereka.
Dia hanya tersenyum sahaja.
“Ini gratitude namanya, honey.” Dia mendepangkan tangannya. Membiarkan diri dipukul angin kuat. Tudungnyatelah siap dipin agar tidak berterbangan.
“Eh eh, gembiranya dia. Untuk?”
“Sebab awak sudi kahwin dengan saya.”
“Alalalala, sweetheart saya ni, terlebih sweet lah.” Rafiqi tersenyum sambil mencubit pipinya, sebelum suaminya itu bergerak memegang palang penghadang. Dia pun segera memegang palang tersebut, dan bahunya bertemu bahu Rafiqi.
“Seronok tak?”
“Seronoklah. Naik ferry orang-orang kaya.”
“Awak tak pernah?”
“Ummi dengan Abah aero maniac la. So, biasanya kalau nak pergi jauh-jauh kami naik aeroplane lah.” Rafiqi tersengih.
“Naik ferry la baru seronok. Ada dapat rasa angin, bau udara laut. Baru ada lifeBaby pun mesti happy.” Dia mengusap perutnya. Sudah tiga bulan.
“Haha. Manalah tahu, silap-silap dia tak happy ke?” Rafiqi terus melekapkan telinga kepada perutnya. “Rafi’i Rasyidi, sila voice out sikit?”
Dia tertawa senang. “Afeefah Raihanah la. Baby girl. Dan kalau dia keluarkan kenyataan pun, mesti kenyataan yang sokong Ummi dia. Kan Afeefah kan?” Dia mengusap perutnya.
Mereka sudah siap dengan nama. Excited punya fasal. Rafiqi mahu anak lelaki. Dia mahu anak perempuan. Masing-masing tak mahu kalah.
Rafiqi tertawa. Kemudian perlahan-lahan berdiri tegak. “Allahuakbar. Eh, saya ingat saya nak rehat di dalam bilik lah. Awak macam manasweetheartStill nak ambil angin? Nak saya teman sini?”
Dia menggeleng perlahan. “Nak ambil angin lagilah.”
“Sila-sila. Tak lama lagi sampailah Sumatra.”
“Ai ai sir.” Rafiqi angkat tabik, sebelum menghilang ke arah bilik. Dia tahu suaminya itu keletihan. Baru sahaja menyelesaikan projectkerjasama dengan Syarikat milik Ayah. Projek besar. Banyaklah kerjanya. Baru sahaja selesai, sudah diberikan suprise naik ferry pula. Bagaimana bertahannya suaminya itu, pasti memerlukan kerehatan.
Tiba-tiba udara seakan menjadi lebih pekat. Lebih sejuk. Dan belum sempat dia hendak menoleh sekeliling, hujan turun dengan lebat dan langit terus menjadi hitam pekat. Awan mendung tiba-tiba menyelubungi langit. Angin bertiup kencang, dan pancaran kilat menyempurnakan ketakutan yang terwujud dengan suasana itu.
Dia mengucap spontan dengan kilat yang menyambar. Bunyi guruh membuntuti suasana.
“Apa yang berlaku?” Terkejut. Tidak sangka cuaca berubah begitu pantas.
Kini dia mula rasa terumbang ambing. Ombak kelihatan mula mengganas.
Sweetheart!” Kedengaran sayup-sayup suara Rafiqi.
Honey!” Dia dapat melihat Rafiqi keluar untuk mendapatkannya.
“Masuk biliklah. Takut baby terjejas.” Tubuhnya terus berada dalam rangkulan Rafiqi. Perlahan-lahan dia dibawa, dengan penuh cermat, ke dalam bilik.
“Pengumuman, kepada Tuan Rafiqi dan Puan Ruqayyah, nampaknya ada perubahan cuaca yang tidak terjangka. Dan nampaknya perubahan ini amat dasyat sekali. Kita pula berada di tengah-tengah lautan, jauh daripada daratan. Paling hampir pun, memakan masa sejam. Kami sedang berusaha yang terbaik untuk menjamin keselamatan kita semua.”

Dia mula diserang ketakutan. Apa yang terjadi ni? Mengapa mesti begini?
Dia menoleh ke arah Rafiqi. Suaminya itu tenang. Mungkin kerana memikirkan yang krew-krew kapal akan berusaha menjaga mereka dan menjadikan keadaan mereka yang terbaik, menyebabkan suaminya itu langsung tidak risau. Tetapi dia terfikir, sejauh manakah mereka mampu menjaga dia dan suami? Tambahan, dia sendiri tidak pernah terperangkap dalam cuaca seburuk ini.
Dia melihat bagaimana pantasnya cuaca berubah sebentar tadi. Pastinya ini baru mukaddimah, dan belum masuk ke klimaksnya lagi.
Dum!
Bunyi dentuman guruh yang menggegak kedengaran. Sekaligus elektrik terputus. Dan spontan dia menjerit sekuat hati.
“Shhh, tenang, tenang.” Rafiqi memeluknya. Dia mendakap Rafiqi erat. Rafiqi tambah mengeratkan lagi pelukan.
“Takut.” Dia mula hendak menangis. Kini
Dum! Kali ini bukan bunyi guruh, tetapi bunyi kapal dihentam ombak. Dia dapat pasti yang itu, kerana dia sendiri merasakan gegaran yang dasyat, hingga dia dapat merasakan tubuh mereka menjadi senget sebentar. Barang-barang di atas almari semuanya jatuh.
Kali ini dia menangis teresak-esak. Menangis sekuat-kuatnya.
“Apalah nasib kita ni, honey?! Saya takut!”
“Tenang, tenang. Shhh.” Rafiqi membelai kepalanya lembut. Dan kemudian dia dapat mendengar suaminya membaca Al-Quran dengan nada perlahan. Ya Allah, Al-Quran apa pula sekarang ini? Sekarang sedang dalam situasi hidup dan mati!
“Awak ni memang lah!” Dia tidak mampu lagi menahan dirinya. Dia menolak Rafiqi sekuat hati.
“Eh? Kenapa ni sweetheart?”
Why you are to calmWhy you macam tak kisah? You sikit pun tak ada wajah risau. Siap boleh baca Al-Quran lagi. Kenapa?” Dia meninggi suara. Emosi. Dia tidak mampu menerima ketenangan suaminya. Padanya itu seperti tidak ambil peduli. Seperti tidak kisah apa-apa. Seperti tidak punya perasaan.
“Kita dalam situasi hidup atau mati, you know!” Dan dia meninggikan suaranya setinggi-tingginya.
Well, menjerit don’t change anything, right?” Dan walaupun tempat itu gelap, dia seakan dapat melihat senyuman yang teriring dengan bicara suaminya itu. Geramnya bertambah-tambah. Gemuruh hatinya yang tidak terkawal, situasi yang membuatkannya ketakutan, tetapi suaminya kekal dalam ketenangan? Dia tidak boleh menerimanya. Apa suaminya tidak kisah dia mati? Mereka mati?
Ketika ini, kenangan hitam di tempat letak kereta Masjid Asy-Syakirin menerjah kembali. Ketika itu juga, suaminya tidak peduli. Tenang sahaja. Tiada perasaan. Bahkan sanggup membahayakan dirinya di situ. Suaminya memang tidak punya perasaankah?
You, heartless!” Dia pantas menggapai bantal dan membalingnya kepada Rafiqi. Tidak cukup dengan itu, dia menumbuk-numbuk suaminya.
“Kalau tempoh hari, itu dalam kawalan kita. Awak pandai bersilat. Tak mengapa lagi. Saya boleh terima. Kali ini, ini bukan dalam kuasa kita. Kita tak boleh berbuat apa-apa. Kenapa awak tak risau?! Awak memang tak ada perasaankah?! Kita nak mati ni!” Dia terus melepaskan amarahnya.
Rafiqi membantu diri.
Tidak lama kemudian, dalam keadaan kapal yang agak terumbang-ambing, dia melihat Rafiqi bangun dan bergerak ke bahagian peti sejuk. Suaminya itu mengambil sebilah pisau.
“Awak?” Dia terkejut. Kini emosinya yang berserabut akibat cuaca yang mengganas hilang begitu sahaja, diganti dengan keterkejutannya akan reaksi suaminya. Sekarang apa pula? Suaminya hilang kawalan? Marah? Mustahil. Rafiqi bukan lelaki yang sedemikian.
Agak-agak, pada pandangan awak, bila saya pegang pisau, awak takut tak, sweetheart?” Soalan itu keluar.
“Err…” Apa yang relevannya soalan itu sekarang? “Mestilah tak. Walaupunlah saya tahu pisau akan melukakan saya. Tetapi kalau di tangan awak, mestilah saya tak takut.”
“Sekarang awak takut?”
“Tak. Cuma saya terkejut.”
“Kenapa kalau di tangan saya, awak tak takut?”
“Sebab awak adalah orang yang saya cinta, dan saya tahu awak cintakan saya. Pisau itu di tangan orang yang saya cinta, dan saya tahu pisau itu juga di tangan orang yang mencintai saya. Mustahil awak akan buat sesuatu yang buruk kepada saya. Lagipun saya kenal awak. Awak bukan jenis yang akan menganiayai saya.
Dan dia dapat melihat Rafiqi tersenyum. Rafiqi segera meletakkan semula pisau itu. Perlahan-lahan pergi ke katil, dan memeluknya semula. Hangat. Mesra. Sedikit pun suaminya itu tidak berkasar, memarahinya atas perbuatannya yang hilang kawalan sebentar tadi.
Sebab itu sweetheart, saya tidak mampu untuk takut dalam apa-apa situasi pun. Sebab saya sedang berada dalam tangan Yang Saya Cintai, dan saya tahu Dia Mencintai Saya.”
“Eh? Who?”
“Allah.”
Terdiam. Dia terdiam.
“Bukankah kita sedang berada di tanganNya sekarang? Cuaca ini, bukankah Dia yang pegang? Dan kalau apa-apa pun terjadi kepada kita, bukankah itu Dia yang susun? Apakah ada susunanNya yang buruk? Bukankah Dia hanya ingin yang terbaik buat kita?” Pelukan Rafiqi bertambah erat.
“Yakah? Kalau kita mati?” Dia terketar-ketar. Sungguh, bila disebut Allah, dia perasan bahawa dia tidak pernah ‘menghadir’kan Allah sebegitu ‘rapat’.
“Bukankah kalau kita mati pun, itu bermakna kita pulang kepada Yang Mencintai Kita?” Suara Rafiqi lembut melepasi cuping telinganya.
Terdiam. Hingga begitu sekali.
“Maka, tiada apa yang hendak dirisaukan bukan?”
Allah, gagah sungguh suaminya. Dan dia tidak tahu, mengapa jawapan suaminya membuatkan dia tenang juga.
Sweetheart, kalaulah bukan dengan kepercayaan ini, saya pun tak akan mampu tangani enam samseng tempoh hari. Bukan saya tiada perasaan. Tinggal, saya percaya bahawa di dalam tanganNya, yang berlaku hanyalah perkara yang baik-baik sahaja.”
Air matanya jatuh. Perlahan-lahan menuruni pipi. Dia pula mengeratkan lagi pelukan Rafiqi. Jawapan-jawapan Rafiqi, sebenarnya adalah skema jawapan peperiksaan. Bila takut, siapa yang kita cari? Memang jawapannya adalah Allah.
Tetapi tidak ramai yang berjaya mempraktiskannya.
Bila susah hati, kepada siapa kita mengadu? Memang jawapannya adalah Allah.
Tetapi tidak ramai yang berjaya membuktikannya.
Kita ini tidak takut kepada apa-apa, kecuali….? Memang jawapannya adalah Allah.
Tetapi tidak ramai yang mampu menterjemahkannya ke dalam amal.
Sweetheart, awak pernah tanyakan, kenapa saya ikut proses tarbiyah kan? Dan saya jawab saya nak jadi kuat, bukan?”
Dia mengangguk perlahan. Suasana menjadikannya lebih terharu. Suasana malap, ditambah dengan bunyi hiruk-pikuk keadaan, disempurnakan pula dengan suara Rafiqi yang lembut dan perlahan, memang amat menggetarkan hatinya.
“Inilah dia kekuatannya. Proses tarbiyah itu, membawa saya faham bahawa kita bukan sekadar faham Islam dalam bentuk teori dan fakta. Tetapi juga praktis dan amalan. Dan benda ini bukan kita berlakon, buat-buat, tetapi muncul secara neutral tanpa paksaan. Semuanya hasil pemprosesan yang berlaku ke atas saya, apabila menjalani tarbiyah, dan melaksanakan dakwah.”
Inilah dia IMAN.
Dan hatinya menyambung bicara suaminya itu.
Sungguh, kini dia benar-benar melihatnya. Patutlah ayah dan ibu mampu mengubah kehidupan mereka. Kerna proses ini memberikan ketenangan buat mereka pada saat yang paling getir, maka pastinya proses ini juga mampu memberikan ketenangan buat mereka pada kala kesenangan. Sebab itu, orang-orang yang mengikuti proses ini, dia melihat mereka tenang dan bahagia sentiasa. Bukan tiada waktu sedih dan takut, tetapi tidak pula berlebih-lebihan gayanya.
Sebab mereka betul-betul berjaya ‘menghadirkan’ Allah dalam kehidupan mereka.
Setiap amal perbuatan, setiap gerak perlakuan, semua dalam keadaan sedar bahawa mereka berhubungan dengan Allah SWT. Mereka bukan sekadar tidak mendiskriminasikan Allah dalam bicara, tetapi juga dalam segenap kehidupan mereka.
Allah, Allah, Allah.
Dia menangis teresak-esak. Semahu-mahunya. Takut kalau dia mati sekarang, matinya dalam keadaan belum betul-betul mengenali Allah SWT. Belum betul-betul Islam dalam keadaan yang sebenarnya. Belum menjadi terbaik. Dia takut…
“Tenang ya sayang?” Suara Rafiqi memotong bicara hatinya.
Tangisannya surut sebentar.
“Apa pandangan sayang, kalau kita berdua dalam bilik ini, gelap-gelap macam ini, terumbang-ambing macam ini, dengan bunyi yang macam-macam, dan yang ketiganya adalah Allah?”
Ketika ini, tangisannya tidak lagi teresak-esak. Tinggal air matanya sahaja kekal menuruni pipi. Ya Allah, bertuahnya aku, mendapat Rafiqi sebagai suamiku.
“Malu kat baby, Ummi dia nangis-nangis.” Air matanya diseka. Dia menutup mata sebentar.
Dan kini, di samping pelbagai bunyi yang menerjah, dia mendengar Rafiqi kembali membaca Al-Quran hafalannya. Tenang.
Perlahan-lahan dirasakan bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan itu menghilang.
Tinggal suara Rafiqi semata-mata.
“Ya Allah, aku berserah kepadaMu. Sebenar-benar penyerahan. Jadilah apa yang Kau nak jadikan kepada kami, nyata Kau lebih tahu apa yang terbaik buat kami.” Dia berbicara di dalam hati.
Terus bersama Rafiqi, dengan jiwa diletakkan sepenuhnya di tangan Allah yang dia tahu mencintainya.
Mustahil Allah akan menzalimi mereka...







b'smbung final part..thanx hilal asyraf..


Langitilahi.com

No comments:

Post a Comment